PERSIAPAN MENJELANG RAMADHAN
Para sahabat RA membahagi waktu dalam setahun ini menjadi dua bahagian, enam bulan menjelang Ramadhan, mereka sibuk untuk melakukan persiapan menjelang Ramadhan, enam bulan setelah Ramadhan mereka gunakan untuk memohon pada Allah agar amal ibadah di bulan Ramadhan tersebut bernilai dan diterima oleh Allah.
Untuk itu pula kita kaum Muslimin sudah selayaknya bersiap-siap pula di dalam melakukan penyambutannya.
1. Jadikan kedatangan bulan Ramadhan selalu menjadi saat yang sangat khusus. Kita berikan persiapan khusus dalam menyambut kedatangannya seolah-olah kita tidak akan pernah lagi bertemu dengannya pada tahun hadapan.
2. Kita perbaharui niat dan komitmen kita masing-masing. Kita muhasabah kembali,apa yang sudah kita lakukan setahun yang lalu Kita berniat untuk menjadikan bahwa Ramadhan tahun ini haruslah lebih baik dari tahun lalu dan menjadi Ramadhan yang terbaik dalam umur hidup kita.
3. Untuk itulah mulai saat ini kita harus menjagai diri dari apa pun yang Allah haramkan. Kita kurangi menonton tayangan hiburan yang melenakan kita baik melalui media TV, radio, internet ataupun yang lainnya. Tidak perlu kita menonton TV sampai larut malam. Lebih baik kita isi dengan membaca Al-Qur-an atau berzikir. Bagaimana mungkin kita membiarkan malam-malam kita diisi dengan tidur sedangkan Allah menyiapkan sepertiga malam terakhir menjadi saat yang disukai Allah.
4. Usahakanlah untuk mulai shaum (menahan diri) dari apa pun yang tidak disukai Allah. Allah Maha Melihat perjuangan kita. Kita harus berupaya agar Allah Yang Maha Menyaksikan benar-benar melihat diri kita menjadi orang yang bersiap-siap menyambut jamuan Allah.
5. Mulai saat ini, hindari telinga kita dari sesuatu yang tidak layak kita dengar. Bahkan kita hadirkan bacaan-bacaan (tilawah) al Qur-an di samping kita isi digital player kita dengan al-Qur-an.
6. Dari budaya mendengarkan, kita tingkatkan menjadi budaya membaca. Bukankah besar pahala yang diberikan oleh Allah SWT kepada orang yang membaca al Qur-an.Pastikan kemana-mana sahaja al Qur-an selalu tidak lupa menjadi barang yang tidak lupa untuk kita bawa. Kalau belum biasa membaca al Qur-an, kita tanamkan dalam diri kita bahwa Ramadhan tahun ini untuk kursus membaca al Qur-an. Yang sudah biasa membaca, kita niatkan untuk mengkhatamkannya, insya Allah. Bahkan keluarga kita pun kita latih untuk berinteraksi dengan al Qur-an. Pokoknya kita jadikan slogan diri kita, Tiada hari tanpa al Qur-an. kerana di bulan mulia inilah, al Qur-an yang suci dan mulia diturunkan.
kita tidak akan pernah berjumpa dengan kemudahan keampunan kecuali di bulan Ramadhan ini. Sebanyak dan semelimpah manapun dosa kita, sungguh Allah menjanjikan keampunan-Nya di bulan ini. Kalau kita merasa berat hidup karena lumuran dosa dan maksiat, maka ketahuilah keampunan Allah di bulan Ramadhan lebih dahsyat daripada dahsyatnya dosa-dosa kita. Kalau kita merasa gersang dan kering, maka Ramadhan adalah bulan yang paling cepat untuk mendapatkan rahmat-Nya. Kalau kita dililit hutang piutang, maka Allah adalah Zat Maha kaya yang menjanjikan terkabulnya doa-doa hamba yang merayu kepadaNya
sangat rugi andai kita tidak bergembira ria, tidak bersemangat dalam menghadapi hidup ini. Ramadhan diawali dengan adzan Maghrib berkumandang, maka itulah saat syaitan dibelenggu, dimulainya hitungan pahala amal yang berbeZa, dibukanya pintu-pintu syurga, ditutupnya pintu-pintu neraka. Maka sudah selayaknya kita harus bersungguh-sungguh berharap agar Allah menjamu kita dengan menyiapkan diri jadi orang yang layak dijamu oleh Allah.
Saturday, July 31, 2010
Wednesday, July 14, 2010
Kisah Benar, sama-sama kita renung kan
Apa yang diceritakan oleh sahabat saya ( kisah benar )
Roshaizad berusia 38 tahun mempunyai seorang isteri berusia 32 tahun yang cantik dan baik hati. Suri rumahtangga sepenuhnya. Dikurniakan dua orang anak lelaki berusia 8 dan 6 tahun. Beliau berkerja di sebuah syarikat antarabangsa sebagai maintenance engineer di samping memegang jawatan sebagai penyelia Emergency Responce Team ( ERT ) di kilangnya. Tugasnya agak sibuk dan adakalanya berkerja sehinga lewat malam dan juga di hujung minggu.
Januari 2009, beliau telah terlibat di dalam kemalangan jalanraya sewaktu ke tempat kerja pada kira-kira jam 7.30 pagi.Kereta yang dipandunya bertembung dengan sebuah van kilang sewaktu dia cuba memotong sebuah van kilang yang lain di sebuah selekoh di Gurun, Kedah.
Beliau telah koma selama 3 hari dan dirawat di sebuah hospital pakar selama 47 hari lagi.Saya di antara orang yang awal sampai di hospital selepas mendapat panggilan dari isterinya. Saya juga di antara orang yang pertama dilihatnya selepas beliau sedar dari koma selepas isteri dan doktor yang merawatnya.
Sewaktu beliau koma
Beliau telah didatangi oleh seorang malaikat dan mengatakan padanya usia beliau hanya tinggal 1 jam saja iaitu pada hari Ahad, jam 1.45 petang.Walau bagaimanapun Allah akan menangguhkan kematiannya sekiranya ada 50 orang yang mendoakan secara ikhlas akan panjang usianya. Beliau agak kebinggungan ketika itu.Beliau bertanyakan sudah ada berapa orangkah yang mendoakannya secara ikhlas sehingga kini. Jawab malaikat itu hanya baru 3 orang. Malaikat menunjukkan sesiapakah orang-orang itu. Dilihatnya insan itu ialah isteri beliau yang bercucuran airmata sejak hari pertama lagi beliau di hospital itu dan juga kedua anak beliau yang sedang tidur tergolek di kerusi menunggu pesakit di luar wad.
Malaikat itu juga telah memperlihatkan akan mereka yang mendoakannya iaitu kawan-kawannya termasuk saya, ahli kariah masjid yang membacakan surah yasin untuknya. Ibubapanya, ibubapa isterinya, adik beradik, sahabat handai dan rakan sepejabat. Kesemua di antara mereka telah melawatnya dan mendoakannya tetapi tidak diterima oleh Allah. Beliau bertanya kepada malaikat itu, mengapa doa mereka tidak diterima. Malaikat menjawab, tiada keikhlasan 100% di hati mereka.
Masa kian suntuk. Dia pun tidak tahu mengapa malaikat memperuntukkan masa yang begitu singkat kepadanya untuk hidup di dunia ini. Apa yang terjadi padanya kini. Dia pun kurang pasti. Malaikat terus menunggu dan melihat waktu yang kian menghampiri jam 1.45 petang.Hanya tinggal 10 minit lagi. Adalah mustahil untuk mencari 47 orang yang ikhlas mendoakan panjang usianya dalam masa sesingkat itu. Dia bertanyakan malaikat itu, adakah tuan akan mencabut nyawa sekiranya saya gagal mendapat 47 orang berkenaan, Jawan Malaikat "Ya:.
Kurang dari 1 minit, malaikat menghampirinya dan berkata, Allah mengkabulkan doa mereka yang mendoakan panjang usia anda. Anda berjaya mendapat 50 orang ikhlas yang berbuat demikian. Roshaizad bertanya, siapakah orang-orang itu. Malaikat menunjukkan mereka itu. Mereka adalah jemaah anak yatim yang baru saja menunaikan solat dzohor sebentar tadi dan berdoa untuk anda. Anda pernah pergi ke rumah anak-anak yatim berkenaan pada bulan Ramadhan yang lalu dan pernah menghulurkan bantuan kewangan. Mereka telah terbaca di dalam akhbar harian berkenaan kemalangan anda dan dzhor tadi mereka telah bersolat dan berdoa untuk anda. Doa ikhlas mereka diterima Allah swt. Malaikat itu kemudiannya ghaib dan tepat 1.45 petang Roshaizad tersedar dari komanya dan meraung kesedihan.
Isteri beliau yang ada di sisinya turut menanggis dan juga saya. Saya sebenarnya tidak tahu pada ketika itu apa yang berlaku padanya di dalam komanya dan mengapa beliau menanggis selepas sedar dari komanya.
Setelah beberapa ketika barulah cerita di atas ini diceritakan pada saya untuk tatapan anda sekelian.
Apa yang disesalkan:
1.Beliau telah mengabaikan masa santai bersama isteri dan anaknya kerana mengejar duit dan tanggungjawab kerja. Sedangkan isteri dan anak-anaknya amat sayang padanya dan doanya amat ikhlas.
2.Dia telah mengabaikan tanggungjawab sosial dengan jiran dan masyarakat sekeliling dan ini menyebabkan mereka tidak ada rasa kasih pada saya kalaupun saya mati
3.Dia telah mengabaikan dan tidak menepati janji-janji pada kawan-kawan sehingga kawan-kawannya marah padanya dan sehingga doanya tidak ikhlas. termasuk dengan saya.
4.Beliau jarang pergi masjid kecuali pada hari Jumaat dan ini menyebabkan jemaah masjid kurang mengenalinya dan menyebabkan doanya tiada keikhlasan
5.Beliau jarang memberi sedekah dan amal jariah. Nasiblah sumbangan ke rumah anak yatim yang diberikan tempoh hari atas desakan isteri beliau.
6.Beliau jarang bertolak ansur dengan kakitangannya walaupun hal-hal yang remeh. Ini menyebabkan kakitangannya membencinya dan doa mereka juga tiada keikhlasan.
7.Beliau jarang berkunjung ke rumah adik beradik dan takut adik beradik meminjam wang dengannya. Ini menyebabkan juga tiada keikhlasan dari mereka.
8.Beliau banyak kali menyakiti hati hati ke dua ibubapanya kerana tidak menunaikan janji untuk balik ke kampung pada hari-hari tertentu lantaran kerja beliau. Ini menyebabkan ibubapanya marah. Kes ini hanya Allah yang tahu.
9.Beliau gagal menunaikan solat pada waktunya lantaran kerja beliau atau adakalanya tertinggal terus terutamanya solat Asar
10.Beliau tidak menunaikan zakat walaupun beliau memang layak berbuat demikian.
Sahabat:
Allah masih sayang pada sahabat saya ini ataupun ianya untuk memberi pengajaran pada kita melalui tulisan saya ini. Ambillah ikhtibar dari cerita ini.Sahabat saya ini masih gagal untuk mendapatkan perlindungan takaful disebabkan oleh kemalangan dan kecederaannya.
Dirikan solat tepat pada waktunya, keluarkanlah zakat. Luangkan masa bersama keluarga.Imarahkan masjid selalu. Baliklah selalu lihat wajah ibubapa kerana Allah akan memberikan pahala ke atas perbuatan kita itu. Berbaiklah dengan jiran dan kenalilah mereka.Bertolak ansurlah dengan mereka yang memerlukan. Ingat! kita akan dapat apa yang kita telah beri. Selalulah memberi.
*kisah ini diambil dari satu blog.Tapi saya dah lupa nama blog tersebut...

Friday, July 9, 2010
APAKAH PERKARA YANG SUDAH HILANG DARI UMAT ISLAM?
Perkara yang sudah hilang dari milik kaum muslimin atau
umat Islam secara umum amat banyak sekali. Sama ada
kita sedari atau tidak. Tapi yang kita dengar selama ini,
kerana sering diperkatakan, selalu saja disebut oleh para pemimpin,
ulama, pendakwah, penceramah, para pejuang Islam, ialah
ilmu pengetahuan. Hingga hampir semua umat tahu. Bahkan
mengakui bahawa umat Islam telah kehilangan ilmu pengetahuan,
yang mana satu ketika dahulu umat Islam membawa
ilmu dan menguasainya di dalam berbagai-bagai bidang.
Umat Islam pernah menguasai ilmu falsafah, sains, kedoktoran,
ilmu falak, geografi, sejarah, matematik, selain daripada
menguasai ilmu yang bersumberkan Al Quran dan Hadis.
Lahirlah pakar-pakar tauhid, pakar feqah, pakar tasawuf, pakar
tafsir, pakar Hadis, pakar sejarah dan lain-lain.
Di waktu itu umat Islam menjadi mahaguru dan tempat rujuk
di berbagai-bagai bidang ilmu pengetahuan seluruh bangsa di
dunia, bahkan bangsa-bangsa Eropah pun berdatangan ke negara
umat Islam kerana mempelajari ilmu pengetahuan di
pelbagai bidang. Ilmu yang dimiliki dan dikembangkan dan
dikuasai oleh orang-orang Barat dan Amerika sekarang ini,
asalnya adalah warisan daripada ilmu yang pernah dimiliki oleh
umat Islam. Kemudian mereka memperdalaminya, memperluas
dan mengembangkannya hingga mereka telah menjadi mahaguru
kepada bangsa-bangsa di dunia. Termasuklah umat Islam,
terpaksa belajar semula dengan mereka.
Jadi kehilangan ilmu pengetahuan daripada umat Islam
memang rata-rata umat Islam mengetahuinya dan mengakuinya
kerana ia sering disebut-sebut di dalam ucapan dan tulisan. Perlu
diingatkan bahawa apakah ilmu sahaja yang hilang dari umat
Islam? Apakah tidak ada perkara-perkara lain yang hilang daripada
umat Islam? Perkara-perkara yang perlu bahkan sesetengahnya
wajib kita mencarinya?
Yang sebenarnya banyak perkara yang telah hilang daripada
umat Islam. Sebahagian daripadanya wajib kita mendapatkannya
semula. Kerana ia perkara yang amat berharga. Demi keselamatan
kita di dunia lebih-lebih lagi di Akhirat. Secara umum,
perkara-perkara yang telah hilang daripada umat Islam itu boleh
dibahagi kepada dua kategori:
Pertama:Kehilangan secara khusus
Kedua: Kehilangan secara umum
KEHILANGAN SECARA KHUSUS
Perkara-perkara yang hilang dari umat Islam secara khusus,
antaranya ialah:
1. Hilangnya keadilan dari pemimpin atau pemerintah dan
juga kasih sayangnya.
2. Hilangnya sifat berani daripada para alim ulama juga kasih
sayang dan nasihat-nasihatnya serta sifat zuhudnya.
3. Hilangnya sifat malu daripada kaum wanita.
4. Hilangnya sifat sabar daripada fakir miskin.
5. Hilangnya sifat pemurah daripada orang kaya.
6. Hilangnya sifat tawadhuk daripada golongan atasan.
7. Hilangnya ilmu pengetahuan daripada ahli ibadah.
8. Hilangnya sifat lemah lembut dan kebijaksanaan daripada
para pejuang Islam.
9. Hilangnya sifat bijaksana dan lemah lembut daripada para
pendakwah.
10. Hilangnya rasa khusyuk daripada orang yang bersembahyang.
11. Hilangnya sifat amanah daripada orang yang diberi tanggungjawab.
KEHILANGAN SECARA UMUM
Perkara-perkara yang hilang daripada umat Islam secara umum,
antaranya ialah:
1. Hilangnya ilmu pengetahuan.
2. Hilangnya kepimpinan bertaraf empayar atau sejagat.
3. Hilangnya akhlak dan budi pekerti yang mulia.
4. Hilangnya ukhwah dan kasih sayang.
5. Hilangnya rasa sifat cemburu terhadap agama dan terhadap
kaum wanitanya.
6. Hilangnya perpaduan dan kesatuan umat Islam.
7. Hilangnya rasa bertuhan atau rasa tauhid.
8. Hilangnya rasa cinta kepada Akhirat.
9. Hilangnya rasa takut dengan Tuhan atau dengan dosa.
10. Hilangnya rasa tawakal.
11. Hilangnya rasa qanaah.
12. Hilangnya sifat redha.
13. Hilangnya sifat sabar.
14. Hilangnya sifat bertolak ansur.
15. Hilangnya persahabatan di kalangan kaum muslimin.
16. Hilangnya sifat taat dan setia daripada pengikut terhadap
pemimpin.
17. Kehilangan tamadun Islam.
18. Kehilangan undang-undang dan perlembagaan Islam.
Inilah dia secara rambang apa yang telah hilang daripada
umat Islam sama ada yang bersifat khusus mahupun bersifat
umum. Kalau begitu keadaannya, ertinya umat Islam itu secara
umum telah menjadi miskin di dalam semua hal. Miskin di segi
material, miskin dari segi moral, miskin bersifat dunia mahupun
miskin bersifat Akhirat. Miskin yang bersifat maddi mahupun
miskin yang bersifat maknawi dan rohani.
Oleh itu kalau kita ingin mengembalikan sesuatu yang hilang
dari umat Islam agar mereka memilikinya semula, ini memerlukan
satu perjuangan yang bukan main-main. Memerlukan satu
perjuangan yang gigih. Memerlukan pengorbanan apa sahaja.
Memerlukan satu perjuangan yang tersusun dan berdisiplin.
Memerlukan pemimpin yang boleh menjadi contoh terutama
ketaqwaan dan ilmu serta kepimpinannya. Memerlukan ketaatan
dan kesetiaan para pengikut. Memerlukan perjuangan yang
terus-menerus tanpa henti-henti. Memerlukan kebijaksanaan.
Memerlukan role model di kalangan para pejuang dan pemimpin-
pemimpinnya.
Pada hari ini, oleh kerana umat Islam memandang serius
bahawa yang hilang itu adalah ilmu pengetahuan, nampaknya
di dalam memperjuangkan ilmu pengetahuan kelihatan ada
kesungguhan walaupun belum sampai ke matlamatnya. Namun
sedihnya dan amat malang sekali perkara-perkara yang lain
selain ilmu pengetahuan tidak dirasakan hilang atau mungkin
terasa juga kehilangannya tapi tidak dianggap penting seperti
pentingnya ilmu pengetahuan. Maka usaha dan perjuangan
untuk mengembalikan perkara-perkara itu kurang diambil perhatian
atau tidak begitu serius memperjuangkannya. Lantaran
itu kehilangan perkara-perkara yang lain selain ilmu pengetahuan
rasa amat payah untuk dikembalikan atau amat payah
hendak dicari semula. Bahkan sebahagian umat Islam tidak
mengambil pusing langsung mengenai akhlak, ukhwah dan lainlain.
Umat Islam sudah tidak terasa lagi kehilangan iman,
kehilangan akhlak, kehilangan sifat pemurah, kehilangan sifat
sabar, kehilangan sifat redha, kehilangan kesatuan dan perpaduan,
kehilangan sifat bertolak ansur dan lain-lain lagi.
Sebagai contoh:
Seorang ibu atau bapa atau guru, apabila seseorang anak atau
murid tidak lulus di dalam peperiksaan, mereka marah, susah
hati, risau. Kemudian guru itu atau ibu bapa akan memberi
berbagai-bagai nasihat, berbagai-bagai cara dan tekanan dilakukan
agar murid atau anak itu lulus pada masa yang akan datang.
Guru atau ibu bapa bising sungguh dengan pelajar atau anak
yang tidak lulus tadi. Tapi kalau dia tidak bersembahyang atau
tidak berakhlak, guru atau ibu bapa tidak pula rasa susah hati.
Tidak pula bising, tidak pula memberi nasihat, memberi ingatan
serta memberi berbagai-bagai cara dan tekanan agar dia bersembahyang
atau berakhlak. Kalaupun guru atau ibu bapa tidak
senang tapi rasa tidak senang itu tidak serius, tidak begitu menekan
perasaan. Begitulah seterusnya golongan-golongan lain.
Tapi kalau ilmu pengetahuan, semua golongan mengambil
berat. Semua golongan membising-bisingkannya. Semua golongan
mengambil tahu. Semua golongan mengambil perhatian.
Kalau mundur, semua golongan susah hati. Kalau berjaya atau
cemerlang, semua golongan suka atau gembira.
Mengapa terjadi demikian? Ini kerana ilmu yang dikejar itu,
mereka hendak jadikan alat untuk mendapatkan keuntungan
dunia. Tapi sembahyang, akhlak, iman, taqwa, mereka fikir tidak
ada hubungan dengan kepentingan atau keuntungan dunia.
Kalau begitu, cuba gambarkan betapa sulitnya kita hendak
mengembalikan sesuatu yang hilang selain daripada ilmu pengetahuan.
Umat Islam memandang kehilangan itu semua tidak
merugikan. Kalau dapat pun mereka menganggap tidak menguntungkan
apa-apa. Begitulah rosaknya jiwa dan cara berfikir
umat Islam pada hari ini.
Padahal kekuatan umat Islam, survivalnya, kemerdekaannya,
kedaulatannya, kemajuannya, kejayaannya, kebahagiaannya,
keharmoniannya, bukan ditentukan oleh faktor ilmu sematamata.
Tapi ditentukan oleh semua faktor tadi. Oleh yang
demikian, kita umat Islam wajib berusaha dan berjuang untuk
mengembalikan semua yang hilang itu agar menjadi milik kita
semula. Di sanalah semuanya kemuliaan kita.

Sunday, July 4, 2010
PENGARUH PERBUATAN BAIK DAN UCAPAN YANG BAIK
Manusia senantiasa mencari lingkungan yang tenang tempat mereka dapat hidup dengan aman, gembira, dan membina persahabatan. Meskipun mereka merindukan keadaan yang demikian itu, mereka tidak pernah melakukan usaha untuk menyuburkan nilai-nilai tersebut, tetapi sebaliknya, mereka sendirilah yang menjadi penyebab terjadinya konflik dan kesengsaraan. Sering kali orang mengharapkan agar orang lain memberikan ketenangan, kedamaian, dan bersikap bersahabat. Hal ini berlaku dalam hubungan keluarga, hubungan antara pegawai di perusahaan, hubungan kemasyarakatan, mahupun persoalan internasional. Namun, untuk membina persahabatan dan menciptakan kedamaian dan keamanan diperlukan sikap mahu mengorbankan diri. Konflik dan keresahan tidak dapat dihindari jika orang-orang hanya bersikukuh pada ucapannya, jika mereka hanya mementingkan kesenangannya sendiri tanpa bersedia melakukan kompromi atau pengorbanan. Bagaimanapun, orang-orang yang beriman dan bertakwa kepada Allah tidak bersikap seperti itu. Orang-orang yang beriman tidak mementingkan diri sendiri, suka memaafkan, dan sabar. Bahkan ketika mereka dizalimi, mereka bersedia mengabaikan hak-hak mereka. Mereka menganggap bahawa kedamaian, keamanan, dan kebahagiaan orang lain lebih penting dibandingkan dengan kepentingan pribadi mereka, dan mereka menunjukkan sikap yang santun. Ini merupakan sifat mulia yang diperintahkan Allah kepada orang-orang beriman:
“Dan tidaklah sama kebaikan dan kejahatan. Tolaklah kejahatan itu dengan cara yang lebih baik, maka tiba-tiba orang yang antaramu dan antara dia ada permusuhan seolah-olah telah menjadi teman yang sangat setia. Sifat-sifat yang baik itu tidak dianugerahkan melainkan kepada orang-orang yang sabar dan tidak dianugerahkan melainkan kepada orang-orang yang mempunyai keberuntungan yang besar.” (Q.s. Fushshilat: 34-5).
“Ajaklah kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.” (Q.s. an-Nahl: 125).
Sebagaimana dinyatakan dalam ayat tersebut, sebagai balasan atas perbuatan baiknya bagi orang-orang yang beriman, Allah mengubah musuh mereka menjadi "teman yang setia". Ini merupakan salah satu rahasia Allah. Bagaimanapun juga, hati manusia berada di tangan Allah. Dia mengubah hati dan fikiran siapa saja yang Dia kehendaki. Dalam ayat lainnya, Allah mengingatkan kita tentang pengaruh ucapan yang baik dan lemah lembut. Allah memerintahkan Nabi Musa dan Harun a.s. agar mendatangi Fir'aun dengan lemah lembut. Meskipun Fir'aun itu zalim, congkak, dan kejam, Allah memerintahkan rasul-Nya agar berbincang kepadanya dengan lemah lembut. Allah menjelaskan alasannya dalam al-Qur'an:
“Pergilah kamu berdua kepada Fir'aun, sesungguhnya dia telah melampaui batas. Maka berbincanglah kamu berdua kepadanya dengan kata-kata yang lemah lembut, mudahmudahan ia ingat atau takut.” (Q.s. Thaha: 43-4).
Ayat-ayat ini memberitahukan kepada orang-orang yang beriman tentang sikap yang harus mereka terapkan terhadap orang-orang kafir, musuh-musuh mereka, dan orang-orang yang sombong. Tentu saja ini mendorong kepada kesabaran, kemahuan, kesopanan, dan kebijakan. Allah telah mengungkapkan sebuah rahasia bahawa Dia akan menjadikan perbuatan orang-orang beriman itu akan menghasilkan manfaat dan akan mengubah musuhmusuh menjadi teman jika mereka menaati perintah-Nya dan menjalankan akhlak yang baik.

- Adapun terjadinya peristiwa Israk dan Mikraj adalah kerana bumi merasa bangga dengan langit. Berkata dia kepada langit, "Hai langit, aku lebih baik dari kamu kerana Allah S.W.T. telah menghiaskan aku dengan berbagai-bagai negara, beberapa laut, sungai-sungai, tanam-anaman, beberapa gunung dan lain-lain."
Berkata langit, "Hai bumi, aku juga lebih elok dari kamu kerana matahari, bulan, bintang-bintang, beberapa falah, buruj, 'arasy, kursi dan syurga ada padaku."
Berkata bumi, "Hai langit, ditempatku ada rumah yang dikunjungi dan untuk bertawaf para nabi, para utusan dan arwah para wali dan solihin (orang-orang yang baik)."
Bumi berkata lagi, "Hai langit, sesungguhnya pemimpin para nabi dan utusan bahkan sebagai penutup para nabi dan kekasih Allah seru sekalian alam, seutama-utamanya segala yang wujud serta kepadanya penghormatan yang paling sempurna itu tinggal di tempatku. Dan dia menjalankan syari'atnya juga di tempatku."
Langit tidak dapat berkata apa-apa, apabila bumi berkata demikian. Langit mendiamkan diri dan dia mengadap Allah S.W.T dengan berkata, "Ya Allah, Engkau telah mengabulkan permintaan orang yang tertimpa bahaya, apabila mereka berdoa kepada Engkau. Aku tidak dapat menjawab soalan bumi, oleh itu aku minta kepada-Mu ya Allah supaya Muhammad Engkau dinaikkan kepadaku (langit) sehingga aku menjadi mulia dengan kebagusannya dan berbangga."
Lalu Allah S.W.T mengabulkan permintaan langit, kemudian Allah S.W.T memberi wahyu kepada Jibrail A.S pada malam tanggal 27 Rejab, "Janganlah engkau (Jibrail) bertasbih pada malam ini dan engkau 'Izrail jangan engkau mencabut nyawa pada malam ini."
Jibrail A.S. bertanya, " Ya Allah, apakah kiamat telah sampai?"
Allah S.W.T berfirman, maksudnya, "Tidak, wahai Jibrail. Tetapi pergilah engkau ke Syurga dan ambillah buraq dan terus pergi kepada Muhammad dengan buraq itu."
Kemudian Jibrail A.S. pun pergi dan dia melihat 40,000 buraq sedang bersenang-lenang di taman Syurga dan di wajah masing-masing terdapat nama Muhammad. Di antara 40,000 buraq itu, Jibrail A.S. terpandang pada seekor buraq yang sedang menangis bercucuran air matanya. Jibrail A.S. menghampiri buraq itu lalu bertanya, "Mengapa engkau menangis, ya buraq?"
Berkata buraq, "Ya Jibrail, sesungguhnya aku telah mendengar nama Muhammad sejak 40 tahun, maka pemilik nama itu telah tertanam dalam hatiku dan aku sesudah itu menjadi rindu kepadanya dan aku tidak mahu makan dan minum lagi. Aku laksana dibakar oleh api kerinduan."
Berkata Jibrail A.S., "Aku akan menyampaikan engkau kepada orang yang engkau rindukan itu."
Kemudian Jibrail A.S. memakaikan pelana dan kekang kepada buraq itu dan membawanya kepada Nabi Muhammad S.A.W. Wallahu'alam.
Buraq yang diceritakan inilah yang membawa Rasulullah S.A.W dalam perjalanan Israk dan Mikraj.Daripada sambungan peristiwa Israk Mikraj yg ana berikan sebelum ini, maka dapatlah diberikan PENGAJARAN bahawa :-
1- Menurut Syeikh Prof Dr Yusuf al-Qardawi, menerusi peristiwa berkenaan, kita boleh fokuskan kepada dua perkara penting, pertama berhubung dengan Masjid al-Aqsa dan hubungan dengan Masjid al-Haram.
2- Fokus kedua adalah mengenai kewajipan solat yang diserahkan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w.
Huraian pengajaran PERTAMA:-
- Persoalannya di sini, mengapa Allah tidak memperjalankan baginda terus ke langit ketujuh, tetapi singgah dahulu di Masjid al-Aqsa?
- Ini kerana Allah mahukan agar baginda bertemu dengan para Anbiya' terlebih dahulu bagi menyatakan sokongan padu mereka terhadap kerasulan Nabi Muhammad, di samping mahu baginda singgah di sebuah tempat yang penuh dengan keberkatan daripada Allah SWT seperti yang disebut dalam ayat pertama surah al-Israk.
- Kepimpinan baginda menjadi titik tolak penyatuan akidah dan syariat di kalangan para Anbiya, justeru baginda menjadi imam solat kepada mereka, iaitu kepimpinan bersifat global, bukan hanya untuk kaum atau bangsa tertentu, malah buat manusia sejagat yang terdiri daripada pelbagai etnik, suku kaum, bangsa yang menunjukkan kebesaran Allah dalam mencipta makhluk bernama manusia.
-Hubungan Masjid al-Haram dan Masjid al-Aqsa tidak dapat disangkal oleh individu Muslim yang sayangkan agamanya. Ini kerana dari segi sejarah menunjukkan Masjid al-Aqsa adalah kiblat pertama umat Islam sebelum berpindah kepada Masjid al-Haram hingga ke hari ini.
-Justeru adalah menjadi tanggungjawab semua pihak khususnya di kalangan umat Islam membebaskan Masjid al-Aqsa dari cengkaman rejim Yahudi-Israel, kerana ia ada kaitan dengan persoalan akidah mereka.
Huraian pengajaran KEDUA:-
- Perlaksanaan ibadat solat lima waktu,di mana ia merupakan mikraj (lif/tangga/kenaikan) seorang Muslim menghadap Tuhannya, kepentingan solat juga tidak dapat dipersoal oleh mana-mana individu Muslim, walau apapun jawatan dan kedudukannya dalam masyarakat.
- Apabila solat seseorang itu beres dengan Tuhannya, maka akan bereslah urusan hidupnya yang lain, hubungan roh seorang muslim itu sangat penting dengan Tuhannya, justeru ia ada kaitan dengan kedua-dua masjid yang disebutkan di atas.
- Apabila seseorang itu menunaikan solat dengan penuh khusuk dan tawaduk, dia seolah-olah sedang berkata-kata dengan Allah, ia terserlah ketika membaca al-Fatihah tujuh belas kali sehari semalam, untuk menyatakan munajat dan aduannya kepada Allah bagi memudahkan tugas dan peranannya untuk menyeru manusia ke jalan kebenaran.
Ana mendoakan agar kita semua dapat mennyelamatkan Kiblat Agama Islam dan menyelamatkan kedudukan Solat kita di sisi Allah Taala..InsyaAllah..Wallahua'lam bissawab..
Hasil Olahan dan Hak Terpelihara : Tohirah Sufi.
Sumber rujukan Tohirah untuk olahan :-
- Prof Dr Yusuf al-Qardawi, Ibid, Syeikh Atiah Saqar, Syeikh Jaafar Ahmad at-Talhawi, Ustaz Azhar Idrus..
Saturday, July 3, 2010
Penyakit Lidah Pada Diri Kita
17 bahaya lidah adalah:
1.kita akan terdorong untuk bercakap perkara yang tidak berfaedah.
2.kita akan suka berlebih-lebihan ketika bercakap dan berkata-kata.
3.adakalanya kita bercakap perkara yang tidak benar, berbohong sedikit.
4.lidah menjadi penyebab akan berlaku pertengkaran.
5.satu perkataan dari lidah kita boleh menyebabkan permusuhan dari kata-kata pedas yang tidak disengajakan
6.kita akan suka bermanis mulut untuk menunjuk-nunjuk.
7.mengeluarkan bahasa kesat (memaki hamun).
8.gemar menyumpah-nyumpah (melaknat orang yang seagama dan sebangsa).
9.bernyanyi lagu yang melalaikan kita dari melakukan ibadah.
10.terlalu banyak bergurau dan bersenda.
11.suka menghina orang lain.
12.menyebarkan rahsia.
13.berjanji lalu mendustai janji itu.
14.akan mengumpat walaupun perkara remeh apalagi perkara berat.
15.mengadu-ngadu pada orang lain hingga terjadi perang dingin.
16.menjadi talam dua muka, menabur fitnah yang berbeza-beza pada orang berbeza.
17.memuji yang melampau-lampau.
Anda sudah tahu 17 bahaya yang mungkin berlaku apabila kita tidak mengawal kata-kata dan tidak menjaga setiap satu perkataan yang kita selalu ucapkan. Salah satu sebab mengapa ramai orang ditimpa masalah adalah kerana dari lidah mereka.
Kerana lidah, badan binasa. Kesannya, hidup kita binasa dan kemurkaan Allah turun kepada kita kerana kita menyakiti orang lain melalui lidah.
Kerana lidah yang selalu memaki-maki, menyumpah seranah, mentertawakan seseorang dan mengumpat-umpat, ramai di antara kita di timpa dengan masalah yang tak berkesudahan.
Masalah itu menjadi balasan Allah atas perbuatan kita kerana kita tidak menjaga lidah. Kita mungkin pernah mengumpat, memaki atau memarahi seseorang dengan teruk sekali. Kita tak pernah fikir balasan atas kata-kata kita itu.
Jika hidup Anda selalu bermasalah, inilah masanya Anda check lidah Anda dan perangai Anda.

Subscribe to:
Posts (Atom)