Dalam Islam, ibadah ada dua jenis atau dua bentuk, iaitu
yang pertama ibadah khusus dan yang kedua ibadah
umum.
IBADAH KHUSUS
Iaitu ibadah yang terkandung di dalam Rukun Islam yang lima:
mengucap dua kalimah syahadah, sembahyang lima waktu,
puasa di bulan Ramadhan, zakat, mengerjakan haji.
Itulah ibadah asas atau ibadah yang menjadi tiang-tiang seri
di dalam Islam. Ia adalah merupakan fardhu ain ke atas setiap
mukalaf iaitu setiap orang mesti melibatkan diri tidak ada
kecualinya sekalipun dia raja.
IBADAH UMUM
Ibadah umum ini boleh dibahagi kepada dua kategori:
1. Ibadah fardhu kifayah.
Ibadah ini kena dibuat atau dibangunkan tetapi jika ada
sebahagian umat Islam membangunkannya untuk keperluan
masyarakat umum, maka orang lain akan terlepas
daripada dosa. Misalnya memperjuangkan kemerdekaan,
melaksanakan pendidikan umat, membangunkan ekonomi
negara dan masyarakat, mentadbir negara, membina pusatpusat
rawatan dan perubatan, mencari ahli pasukan keselamatan
seperti tentera dan polis, membuat rancangan pertanian,
mengusahakan kemudahan-kemudahan awam dan
lain-lain lagi.
2. Perkara mubah.
Perkara-perkara yang boleh dibuat atau ditinggalkannya.
Misalnya makan minum, tidur baring, rehat, berjalan-jalan,
joging, memanjat gunung, merentas hutan dan lain-lain.
Kalaulah ibadah khusus seperti melaksanakan Rukun Islam
yang lima itu ada syarat rukunnya, ia akan jadi ibadah jika syaratsyarat
rukunnya dilaksanakan. Kalau tidak menempuh syaratsyarat
dan rukun-rukunnya, ibadah itu tidak dianggap ibadah.
Ia jadi sia-sia sahaja, tidak dapat pahala apa-apa bahkan berdosa
pula. Ertinya seseorang itu belum lagi dianggap mengerjakan
Rukun Islam yang lima, sekalipun dia tidak pernah meninggalkannya.
Begitu jugalah dalam melaksanakan ibadah fardhu kifayah
dan perkara-perkara mubah, ada syarat rukunnya. Siapa yang
membangun atau mengusahakannya kenalah dia melaksanakan
syarat-syarat dan rukunnya. Ikut syarat dan rukunnya, jadi
ibadah. Tidak ikut syarat rukunnya, tidak jadi ibadah. Kalau berjaya,
hanya sekadar untung di dunia. Di Akhirat tidak dapat
apa-apa.
Oleh yang demikian, janganlah dianggap asalkan sudah berjuang,
membangun, mentadbir, melagang pendidikan, membuat
pertanian, membangunkan pasukan keselamatan, melaksanakan
kemudahan perhubungan umum, membuat kemajuan, bertamadun,
ia dengan secara automatik jadi ibadah. Belum boleh lagi
jadi ibadah kalau syarat-syarat rukunnya tidak diambil kira dan
diperhatikan.
Inilah dia disiplin di dalam Islam. Islam menyuruh kita berdisiplin.
Di dalam ini tidak perlu menyebut syarat rukun ibadah fardhu ain iaitu Rukun Islam yang lima. Biasanya orang yang ingin mengerjakannya ia mesti belajar syarat rukunnya lebih dahulu dan kebanyakan umat Islam faham. Seperti sembahyang, kalau tidak mengikut syarat rukun mengerjakannya, sembahyang itu batal atau tertolak.
Yang ramai umat Islam tidak faham ialah ibadah umum. Ia
jarang sekali mereka perhatikan dan ambil kira syarat rukunnya.
Yang kita dengar selalu ialah bekerja juga boleh menjadi ibadah.
Begitu juga dengan mentadbir, membuat kemajuan, berjuang
dan berekonomi. Itu betul kerana ibadah menurut Islam itu luas.
Tentang bagaimana untuk itu semua diterima Allah sebagai
ibadah, tidak kita dengar sekalipun di dalam ceramah-ceramah
pengajian agama.
No comments:
Post a Comment